Senduduk Ungu
Nama Saintifik : Melastoma malabathricum
Nama Lain : Straits Rhododendron
Ketinggian : Renek sehingga 2 meter.
Senduduk biasa nya tumbuh ditanah terbiar dan di tepi tepi jalan, mengeluarkan bunga berwarna ungu yang cantik.
Kegunaan :
Merawat Bawasir – Potong akar kecil kecil dan rebus sehingga mendapat 1/3 air rebusan dan minum 3 kali seminggu sehingga sembuh .
Merawat darah tinggi dan kencing manis - makan pucuk daun jadikan ulam.
Senduduk juga dapat merawat keputihan wanita, cirit birit, Berak berdarah dan banyak digunakan dalam mandian herba.
Daun senduduk ini ialah salah satu ramuan utama dalam penyediaan membuat telur pindang dinegeri Johor.