Cengkih
Cengkih ( Clove )
nama saintifik: Syzygium aromaticum
Pokok Cengkih merupakan pokok yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak berzaman lagi. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan berbunga pada pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya mencapai 130 tahun.
Kegunaan
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.Cengkih juga digunakan bagi mengatasi masalah mulut berbau ( berkumur ), kembung perut, sengal tulang,dan sel darah putih kurang dengan diminum dan dimakan masakan dari bunga kering itu,
No comments:
Post a Comment