Bunga Bunga Perubatan

Bunga Bunga Perubatan
Bunga Bunga Perubatan

G's Easygrow

G's Easygrow
G's Easygrow

Tuesday, January 25, 2011

Lidah Buaya

Lidah Buaya

 

Lidah Buaya (Aloe Vera Linn.)

Familia : Liliaceae

Penerangan :
Tumbuhan liar di kawasan panas dan juga dipasukan menjadikan tanaman hiasan disekeliling rumah..Daun Daun tanaman Aloe Vera berbentuk pita dan memanjang. Daunnya tebal, tidak bertulang, berwarna hijau,banyak mengandung air dan banyak mengandung getah dan  berlendir sebagai bahan ubatan. Tanaman lidah buaya tahan keadaan keringan kerana di dalam daun berair Untuk pertumbuhan yang baik ia ditanam dengan tanah yang subur dan gembur. .

Nama lain :
Lidah buaya , Crocodiles tongues; Jadam, Salvila , Lu hui ,


KEGUNAAN:
1. menyejukkan badan..
2. Sembelit .
3. merawat luka dan kudis
4. muntah darah.
5. Kencing manis
6. masalah haid.
7. melebatkan rambut
8. merawat buah pinggang yg lemah dan Ulser perut.
..

Cara caranya : :
a. Melebatkan rambut:
    Daun lidah buaya segar, diambil lendirnya dan digosokkan ke kulit kepala saperti syampu 

b. Luka terbakar dan tersiram air panas dan kudis :
    Daun dicuci bersih, ambil lendirnya, sapu pada bagian
    tubuh yang terkena api,air panas, luka dan berkudis.

c. Bisul:
    Daun dilumatkan ditambah sedikit garam, tempelkan pada bisulnya.

d. Kencing manis
    1 batang lidah buaya dicuci bersih, dipotong-potong
    semuanya dan direbus dengan 3 gelas air sampai menjadi 1 1/2 gelas, minum ½ gelas 3kali sehari selepas makan.


e. Masalah cacing, susah buang air kecil:
    15 - 30 gram akar kering lidah buaya direbus dan diminum.

f. Luka terpukul, luka dalam (muntah darah):
    10 - 15 gram bunga kering lidah buaya direbus dan diminum .

g. Kencing darah:
    15 gram daun lidah buaya diperah, ditambah 30 gram gula, ditambah air beras secukupnya, minum.

h. Bancuh jus lidah buaya dengan gula dan air batu minum untuk menyejukkan badan.

i. Minum jus lidah buaya bagi merawat penyakit buah pinggang dan ulser perut.

No comments:

Post a Comment