Bunga Bunga Perubatan

Bunga Bunga Perubatan
Bunga Bunga Perubatan

G's Easygrow

G's Easygrow
G's Easygrow

Thursday, January 13, 2011

Kunyit Hitam (Black Tumeric)










Rizom kunyit hitam


nama: Kunyit Hitam
Famili:zingerberaceae
nama lain: Black Tumeric,
Kategori: Rempah



Kunyit hitam jarang dijumpai dan mempunyi nilai perubatan, perbezaan antara kunyit biasa dan kunyit hitam ialah rizomnya yang berwarna ungu tua manakala kunyit biasa berwarna oren,
kunyit hitam mengambil masa yang sangat panjang untuk bercambah ia itu lebih kurang tiga bulan dan dalam masa ini sedikit saja yang akan berjaya.
Kegunaan kunyit hitam ada lah bagi merawat ketumbuhan pada sendi,penyakit kusta,kenser payu dara, membuang lemak dalam perut,mengubati demam denggi berdarah.
Orang melayu percaya kunyit hitam dapat mengubati penyakit berkaitan dengan Sakar dan Sihir juga dijadikan penawar santau dan pendinding rumah.


Pokok kunyit hitam



Daun kunyit hitam


Daun kunyit hitam yang bergarisan kemerahan pada sekeliling daun.


Bunga kunyit hitam


Kami menjual rizom kunyit hitam pada harga Rm10 - 1gram atau  pada yang berminat sila berhubung dengan saya untuk urusan selanjutnya (harga bolih dirunding lagi).

Pokok Kunyit Hitam harga sepasu benih RM100 .
Sila hubungi : 013 2727 485 / 016 2876756 ( Noor Alam & Kak G )






Serai Ache ( Tepus Kesing atau Mertua Kesing )
nama saintifik: Elettariopsis smithiae
famili: Zingiberaceae.
asal: Malaysia,Thailand dan Indonesia
lokasi tumbuhan: laman



Pokok Serai Ache ( Berbunga )




keterangan:


Serai aceh ialah sejenis tumbuhan berumpun rendah berdaun  wangi ( bau serai ). Ia mudah membiak melalui pecahan rizom. Bunganya cantik menyerupai bunga orkid berwarna kuning/putih dan akan muncul melalui rizomnya.



kegunaan:

Serai aceh selalunya dicampur kedalam masakan tradisional melayu mengantikan serai biasa. Ia dapat membuang angin dalam badan dan melancarkan pengaliran darah. Ubat lepas bersalin dan  ubat penenang meroyan .

Pokok Serai Aceh harga benih RM8 polibag

Sila hubungi : 013 2727 485 ( Noor Alam )




Mahkota Dewa



Pohon Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) dikenal sebagai salah satu tanaman obat di Indonesia. Asalnya dari Papua/Irian Jaya.
Mengetahui khasiat tumbuhan satu ini, mungkin Anda segera berminat menanamnya. Betapa tidak. Tanaman ini ternyata punya khasiat luar biasa. Ia bolih menyembuhkan gangguan kesehatan dari  yang ringan hingga yang berat. Mulai dari sakit sakit badan , Flu hingga ke Diabetes.
Bagaimana dengan kanser? Berdasarkan pengalaman beberapa orang, tanaman ini mampu melawannya, termasuk yang merasa sembuh dari penyakit pada organ hati atau jantung, hipertensi, rematik, serta gout.
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
  • Alkoid, bersifat detokfikasi yang dapat menutralise racun di dalam tubuh
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai:
    • sumber anti bakteri dan anti virus
    • meningkatkan sistem kekebalan tubuh
    • meningkatkan vitalitas
    • mengurangi kadar gula dalam darah
    • mengurangi penggumpalan darah
  • Flavanoid
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
    • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner
    • mengandung antiinflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
  • Polifenol
    • berfungsi sebagai anti histamin (antialergi )
Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.
Untuk menjadikannya ubat adalah sangat mudah. Cuma dengan merendam kulit dan daging buah, atau daunnya dalam air panas dan tersedialah ubat untuk dipakai.
Di Jawa Tengah dan Yogyakarta, tanaman ini digelar makuto dewo, makuto rojo, atau makuto ratu. Orang Banten menyebutnya raja obat, karena khasiatnya bolih menyembuhkan berbagai penyakit. Sementara, orang-orang dari etnik Cina menamainya pau yang artinya obat pusaka.




1. Diabetes
Perubatan: Minum air rebusan
Cara membuat: - Ambil 5-6 buah mahkota dewa, hiris dan cuci bersih.
- Rebus bahan dengan 5 gelas air, biarkan rebusan hingga tinggal 3 gelas.
- Tapis air rebusan, minum 3 kali sehari (1 gelas setiap kali)

2. Kanser dan Tumor
Perubatan: Minum air rebusan
Cara membuat: - Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gr temu putih, 10 gr hempedu bumi kering dan 15 gr cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan
- Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tinggal 3 gelas.
- Tapis air rebusan, tunggu sampai suam dan minum 3 kali sehari  (1 gelas setiap kali).Ubat ini diminum 1 jam sebelum makan

3. Hepatitis
Perubatan: Minum air rebusan
Cara membuat: - Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gr pegaga, 10 gr hempedu bumi kering dan 15 gr daun dewa, cuci bersih semua bahan
- Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tinggal 3 gelas
- Tapis air rebusan, tunggu sampai suam dan minum 3 kali sehari (1 gelas setiap kali).

4. Rematik dan Gout
Perubatan: Minum air rebusan
Cara membuat: - Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gr akar sidaguri, 10 gr hempedu bumi kering, cuci bersih semua bahan
- Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air tinggal 3 gelas
- Tapis air rebusan, tunggu sampai suam dan minum 3 kali sehari (1 gelas.setiap kali) Ubat ini diminum 1 jam sebelum makan.



Pokok Mahkota Dewa sepokok RM28.00
Sila hubungi : 013 2727 485 ( Noor Alam )








Daun Dewa






Nama Tempatan:
Daun Dewa
Nama Saintifik:
Gynura divaricata/Gynura segetum (Lour) Merr/Gynura pseudochina
Nama Lain:
setawar barah, beluntas cina, samsit
Famili:
compositae
Lokasi dijumpai:
tumbuhan di laman
Asal:
Tumbuhan tempatan


keterangan:


pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut.Ia mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut.Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu.Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam dikampung-kampung di Malaysia.Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.

kegunaan:


menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.

Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.

ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.





Sidaguri


                                       



Sidaguri

(Sida rhombifolia L.)
Sinonim :
S. alnifolia Lour., S. phillippica DC., S. retusa L., S. semicrenata Link., S. spinosa L.
Familia :
Malvaceae




Sidaguri tumbuh di merata rata saperti dikaki lima, hujung padang dan didalam hutan dimana ia dapat matahari penuh.
Bahagian yang digunakan untuk perubatan  adalah akar, daun, dan bunganya, sering akarnya akan digunakan, Sidaguri dijadikan ubat bagi sakit gigi, sakit perut, gatal gatal, penyakit kulit, cacing dan disengat lebah.
Sidaguri juga digunakan untuk menyejukkan badan (anti-demam), mengubati kencing manis dan mengatasi hubungan kelamin yg lemah juga sperma yang tidak berkualiti.





Sambiloto / Hempedu bumi















Nama Tempatan:
Hempedu bumi
Nama Saintifik:
Andrographis Paniculata
Nama Lain:
Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili:
Acanthaceae
Lokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand,india,indonesia
Asal:



keterangan:


Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

kegunaan:


Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.






Pegaga





Nama Botani
Centella asiatica (L) Urban
Nama lain
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili
Umbelliferae


Pegaga (Centella asiatica (L) Urban)  Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun.  Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
Khasiat pegaga:



* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin







Buah Pelaga ( Cardamon )





Nama Latin: Elettaria Cardamomum Maton.

Famili: Zingiberaceae  ( Famili Halia )

Nama Lain: Buah Pelaga, Cardamon.

Asal dari India selatan, pokok buah pelaga termasuk dalam famili Halia dan buahnya digelar permaisuri herba, ia adalah herba yang paling exotic dan mendapat harga  pasaran yang tinggi didunia.

Buah pelaga berbentuk lonjong dan berwarna kehijauan tumbuh dipangkal pokoknya dan berbuah antara 15 – 20 biji  serumpun, ia adalah herba utama dalam penyediaan Garam Masala dan campuran herba masakkan India.

 







Sirih





Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.
Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.
Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Lagi kegunaan sireh
Ari-ari Pedih – Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah – Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan – Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat – Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah – Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam – Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas – Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata – Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah – Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing – Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan – Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
– Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kutu Babi – Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) – Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah – Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut – Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin – Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
– Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh – Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi – Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati – Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung – Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala – Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Zahir Batin – Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

Daun sirih segar dijual @ : RM0.10 sehelai
Sila hubungi : 013 2727 485 ( Noor Alam )







Lemuni




 
Nama tempatan: Lemuni
Nama saintifik : Vitex Trifolia var Negundo

LEMUNI HITAM
Daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, beri beri, cirit berit, kanser payudara,mencegah kelemumur, kurap dan luka luka celah jari kaki.Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandian dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. Daun Lemuni dijadikan bantal kepala dipercayai dapat mengubati sakit kepala. Manakala biji lemuni pula boleh dijadikan ubat cacing.


Resepi Nasi lemuni

6 cawan beras Basmathi
4 genggam daun lemuni ( Kisar dan perah patinya )
5 cawan Pati daun lemuni
1 cawan santan pekat
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 inci halia dikisar halus, sedikit garam, halba dan minyak zaiton.

Masukkan beras, Pati daun lemuni,santan, bawang yang dah dimesin, garam, halba dan minyak zaiton ke dalam periuk nasi. Kacau nasi bila nampak sudah hampir kering.

Nasi lemuni ini sangat popular dikalangan saudara  kita diPulau Pinang ,biasanya di sediakan pada hujung minggu apabila seluruh keluarga berada dirumah ia menambahkan  keceriaan yang sudah ada. Jangan lupa kari telur rebus atau kari ikan kering dan ikan kering talang di goreng dengan chili kering.



















Bawang putih (Allium sativum )



Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium, tanaman bawang putih merupakan bahan utama bagi ramuan masakan Malaysia.
Kegunaan :
Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan diketuk, ditumbuk dengan batu lesung, dikisar atau dihiris nipis dan ditumis dengan sedikit minyak goreng.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu melegakan(lancar) pernafasan.
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih lalu menampalkannya di bahagian yang berjerawat.







Halia

 


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.
Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

Kegunaan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk.

Perubatan

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.


Pokok saga ( Abrus precatorius L.)

Pokok saga atau pokok tasbih (Abrus precatorius) (bahasa inggeris): Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) adalah sejenis tumbuhan legum yang mempunyai daun-daun pinat yang kecil. Bijinya banyak digunakan sebagai manik serta di dalam peralatan muzik. Bijinya amat beracun tetapi kurang berbahaya jika ditelan memandangkan biji saga mempunyai lapisan kulit yang tebal.


Abrus precatorius dari buku panduan Medicinal-Plants karangan Koehler.
Toksin yang terkandung di dalam biji saga mempunyai hubungan rapat dengan sejenis ricin dipanggil abrin. Ia merupakan sejenis dimer yang terdiri daripada dua subunit protein, dinamakan jenis A dan B. Rantaian B berfungsi mengangkut abrin ke dalam sel dengan mengikat kepada beberapa protein pengangkutan ke membran sel, yang kemudian mengangkut toksin tersebut ke dalam sel. sebaik sahaja berada di dalam sel, rantaian A mencegah sintesis protein dengan menyahaktifkan sub-unit 26S di dalam ribosom. Satu molekul abrin boleh menyahaktifkan sehingga 1,500 ribosom sesaat. Tanda-tanda keracunan adalah sama seperti ricin, kecuali dos maut bagi ricin adalah lebih kurang 75 kali ganda daripada dos maut abrin. Abrin boleh membunuh dengan jumlah edaran kurang daripada 3 μg (mikrogram).
Biji saga sangat dihargai sebagai barang kemas asli disebabkan warnanya yang terang. Biji ketiga dengan hilum (kesan pemasangan) berwarna hitam, manakala yang lain pula berwarna merah terang, seolah-olah kumbang kura-kura. Pembuatan barang kemas dengan biji saga adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat luka pada jari semasa menebuk biji tersebut untuk dijadikan manik. Walau bagaimanapun, biji saga sudah lama dianggap sebagai simbol cinta di negara China.








Delima  (Punica granatum )

Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini berasal dari Iran.
Delima berasal dari Timur Tengah, Tumbuhan ini menyukai tanah gembur yang tidak terendam air,  tanah yang tidak dalam. Delima sering ditanam di kebun-kebun sebagai tanaman hias, tanaman obat, dan kerana buahnya yang dapat dimakan, pohon kecil dengan tinggi 2–5 m. Batang berkayu, ranting bersegi, percabangan banyak, lemah, berduri pada ketiak daunnya, cokelat ketika masih muda, dan hijau kotor setelah tua. berkelompok. Helaian daun bentuknya lonjong .
Bunga tunggal bertangkai pendek, keluar di ujung ranting atau di ketiak daun yang paling atas. Biasanya, terdapat satu sampai lima bunga, warnanya merah, putih, atau ungu. Berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk bulat dengan diameter 5–12 cm, warna kulitnya tidak seragam, seperti hijau keunguan, putih, cokelat kemerahan, atau ungu kehitaman.

 Jenis delima

Dikenal tiga macam delima, yaitu delima putih, delima merah, dan delima ungu. delima sering ditanam sebagai tanaman hias, tanaman obat, atau kerana buahnya yang dapat dimakan. Buah delima dapat dimakan dalam keadaan segar, sebagai campuran rojak buah, salad buah, jus atau buah. Untuk membuat jus delima sebaiknya diminum dengan bijinya .

 Khasiat delima

Khasiat delima tersebut diperoleh dengan berbagai cara, seperti dalam bentuk buah atau memakan bijinya, sirup, atau pekatan delima. Secara tradisional, buah delima biasa digunakan untuk membersihkan kulit dan mengurangkan radangan pada kulit. Jus buah delima yang kaya antioksidan ini mencegah  LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh.
Selain yang sudah disebutkan, khasiat buah delima bagi kesehatan antara lain dapat merawat penyakit-penyakit seperti: gangguan perut, gangguan jantung, kanser, perawatan gigi, rematik, kurang darah dan diabetes.
 Buah delima juga tinggi kandungan flavonoidnya, sejenis antioksidan kuat yang penting perananya untuk mencegah berkembangnya radikal bebas di dalam tubuh dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak, serta mampu memberi perlindungan terhadap penyakit jantung, kanser kulit, dan kanser prostat. Antioksidan yang terkandung didalamnya membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol, kandungan antioksidan dalam buah delima jumlahnya tiga kali lebih banyak daripada wine atau teh hijau.








 





1 comment:

  1. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete