Daun Dewa
Nama Tempatan: | Daun Dewa |
Nama Saintifik: | Gynura divaricata/Gynura segetum (Lour) Merr/Gynura pseudochina |
Nama Lain: | setawar barah, beluntas cina, samsit |
Famili: | compositae |
Lokasi dijumpai: | tumbuhan di laman |
Asal: | Tumbuhan tempatan |
keterangan: | |
pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut.Ia mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut.Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu.Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam dikampung-kampung di Malaysia.Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun. | |
kegunaan: | |
menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul. ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular. |
No comments:
Post a Comment